Gambar Brad Pitt dan Angelina Jolie berkahwin hujung minggu lalu

Brad Pitt dan Angelina Jolie akhirnya telah berkahwin selepas mengikat tali pertunangan 2 tahun lalu. Menurut laporan akhbar antarabangsa seperti ABC News dan Daily Mail, pasangan Hollywood popular ini telah berkahwin hujung minggu lalu di Perancis, dengan kehadiran enam orang anak mereka. Mereka jatuh cinta selepas masing-masing menjadi hero dan heroin filem box-office Mr & Mrs Smith sekitar tahun 2005.
Brad, 50, dan Angelina, 39, tiba di Nice pada hari Sabtu lalu untuk upacara perkahwinan rahsia mereka, dipercayai telah diadakan di Chateau Miraval ( gambar di bawah ).


Semasa majlis itu berlangsung, Jolie dilaporkan berjalan sambil ditemani anak sulungnya Maddox, 13, dan Pax, 10, yang memegang lengannya; anak perempuannya Zahara, 9, dan Vivienne, 6, melemparkan kelopak bunga manakala dan Shiloh, 8, dan Knox, 6, menjadi pemegang cincin.
Selepas percutian keluarga mereka di Nice, Jolie dan Pitt akan menuju ke Malta pada Rabu untuk memulakan penggambaran filem By The Sea yang bakal ditayangkan pada tahun 2016 iaitu sebuah filem yang ditulis dan diarahkan oleh Jolie sendiri. Brad dilihat memakai cincin perkahwinan semasa menghadiri satu acara dan wajahnya kelihatan amat cerita. Wanista

0 Response to "Gambar Brad Pitt dan Angelina Jolie berkahwin hujung minggu lalu"

Catat Ulasan