Langkawi: Mayat bayi lelaki dipercayai baru lahir dan masih bertali pusat ditemui di tali air di Kampung Titi Cangwang, Mukim Ulu Melaka, di sini, petang semalam.
Orang awam menemui mayat bayi lelaki itu tersangkut pada ranting pokok dan sebahagian badannya tenggelam dalam air sebelum melaporkan kepada pihak polis, pada 6.30 petang.
Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan, Harrith Kam Abdullah ketika ditemui mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
Menurutnya, mayat bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Langkawi sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat.HM
0 Response to "Jumpa mayat bayi dibuang dalam tali air di Titi Cangwang"
Catat Ulasan