MODEL terkenal ini sering mendakwa dia sebenarnya masih solo walaupun sering dikaitkan dengan ramai lelaki. Justeru, khabar angin yang mengatakan dia kini sedang bercinta dengan seorang jutawan mula mendapat perhatian.
Miranda Kerr dan James Packer baru-baru ini dilihat menaiki sebuah bot mewah bersama ketika bercuti di Sepanyol. Walaupun kedua-dua mereka tidak datang bersama, namun dapat dilihat dengan jelas Kerr yang dibantu beberapa pengawal peribadi turut ditemani Packer yang sedia menanti kehadiran wanita cantik tersebut.
Antara persamaan yang boleh dilihat melalui Packer dan Kerr adalah kedua-dua mereka sudah berpisah dengan pasangan masing-masing dan berasal dari Australia. Berkemungkinan besar persamaan ini menjadikan Kerr selesa untuk mendampingi Packer.
Kerr dikatakan mula mendampingi Packer pada Disember tahun lalu selepas lelaki itu berpisah dengan isteri yang dikahwininya selama enam tahun, Erica.
Melalui temu ramah The Sunday Times Style, Kerr sempat memberitahu dia tidak kisah sekiranya khabar angin mengenai hubungannya ini terus mendapat tempat di media. Memandangkan dia percaya orang yang rapat dengan dirinya lebih memahami keadaan sebenar.
Packer juga sebelum ini dikatakan telah bergaduh dengan salah seorang rakan baiknya kerana merebut cinta wanita ini, bagaimanapun Kerr menganggap cerita itu tidak benar sama sekali.
Mereka tidak bergaduh kerana berebutkan saya.
Saya dan James hanya berkawan, tetapi mereka di luar sana mengambil kesempatan membuat cerita tidak benar. Mereka mahu saya dengan seseorang tetapi itu tidak berlaku," katanya.
Khabarnya duda Kerr, Orlando Bloom kini pula semakin baik dengan janda Packer iaitu Erica. Kedua-dua mereka dilihat mesra di sebuah majlis baru-baru ini. Walaupun ada yang mengatakan ia lebih kepada balas dendam namun ia mampu mewujudkan kecelaruan buat anak tunggal Kerr dan Bloom iaitu Flynn.
0 Response to "Miranda Kerr cinta jutawan "
Catat Ulasan