Remaja ditahan, r0gol ibu saudara

KINABATANGAN : Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan setelah dipercayai merogol ibu saudaranya di rumah mangsa di Kampung Berjaya 1 dekat sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 11 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 44 tahun tinggal bersendirian di rumahnya sebelum suspek datang dan memberi salam.

Ketua Polis Daerah, Supritendan A. Sahak Rahmat berkata, namun sebaik sahaja mangsa membuka pintu, suspek menolaknya sehingga terjatuh dan menindih wanita tersebut.

"Pada masa sama, suspek mengacukan sebilah pisau pemotong sayur di lehernya selain menyumbat mulut serta mengikat tangan dan kaki mangsa dengan tali," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis sebelum dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk pemeriksaan lanjut.

A. Sahak memberitahu, bertindak atas maklumat, polis memberkas suspek di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan itu kira-kira pukul 10.30 pagi ini dan merampas senjata digunakan dalam kejadian tersebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.Credit UO

0 Response to "Remaja ditahan, r0gol ibu saudara"

Catat Ulasan