Kota Bharu: Enam sekeluarga terkejut apabila menemui tengkorak dan beberapa serpihan tulang manusia di dalam tangki kumbahan sedalam lapan meter di rumahnya di Pintu Geng, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, seorang penghuni rumah berusia 39 tahun yang enggan dikenali berkata, dia hanya menyedari rangka berkenaan selepas kerja menyedut sisa kumbahan selesai.
"Saya memanggil mereka menyedut sisa kumbahan itu selepas tandas di rumah tersumbat sejak beberapa hari lalu.
"Tidak lama kemudian pekerja syarikat yang menjalankan kerja menyedut sisa kumbahan itu memaklumkan menemui tengkorak dan tulang manusia di dalam tangki sebelum saya terus menghubungi polis untuk tindakan lanjut," katanya. Credit Harian Metro, Bomba
0 Response to "Tengkorak dan serpihan tulang manusia dalam tangki kumbahan"
Catat Ulasan