V ideo Gadis17 tahun maut kerana cabaran Ice Bucket Challenge

Seorang gadis berusia 17 tahun dari Mississippi, Amerika Syarikat telah menyahut cabaran Ice Bucket Challengeyang kini sedang trending tetapi satu kejadian tidak diingini telah berlaku ke atasnya.
Gadis berkenaan telah menyahut cabaran tersebut dan merakam aktiviti tesebut di belakang rumah bersama adik di sisinya. Sepupunya yang dikenali Shawn Oley pula berdiri di atas pelantar dengan baldi yang besar penuh dengan air dan bersedia untuk mencurah ke atas Nancy.
Selepas itu, baldi berkenaan terlucut dari tangan Shawn dan menimpa kepala Nancy. Nancy dikejarkan ke pusat kesihatan Universiti Misssissippi dalam keadaan kritikal.
Gadis malang itu kemudiaanya meninggal dunia akibat kecederaan parah di leher. Keluarga gadis tersebut berharap kejadian tersebut akan memberi kesedaran kepada yang menyahut cabaran tersebut.
Ice Bucket Challenge yang juga dikenali sebagai ALS Ice Bucket Challenge merupakan satu aktiviti tagging dalam dunia sebenar dengan mencurahkan sebaldi air yang mengandungi ketulan ais di atas kepala si pencabar.

0 Response to "V ideo Gadis17 tahun maut kerana cabaran Ice Bucket Challenge "

Catat Ulasan