Rasanya gambar perihal laporan polis bermacam-macam versi di laman
sosial sememangnya amat popular hingga sering kali menjadi modal orang
ramai untuk terkekeh-kekeh ketawa membaca laporan yang adakala mempunyai
unsur-unsur humor.
Hari ini heboh tersebar pula laman-laman sosial berkenaan sebuah
laporan polis yang diadukan oleh seorang Inspektor polis sendiri kerana
duit miliknya telah dicuri.
Bagaimanapun, ramai yang tidak sangka inspektor tersebut dengan
berani membuat laporan dan mengaku yang kejadian itu terjadi selepas dia
bersetubuh dengan seorang pelacur di sebuah kedai spa berdekatan Jalan
Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Menurut inspektor ini, wangnya berjumlah RM1550 telah dicuri oleh
pelacur yang dilanggan ketika dia keluar untuk membasuh kemaluannya di
bilik air.
Alamak, kita yang membacanya pun terus rasa malu dan geli!
Ramai juga pengguna laman sosial, Facebook meluahkan rasa terperanjat
membaca laporan polis ini kerana masing-masing tidak menyangka
inspektor tersebut berani mengaku keaiban diri sendiri.
Lebih parah dan sedih, apabila mengetahui inspektor tersebut adalah orang melayu dan Islam sendiri.
Apa lagi, beribu-ribu kutukan pengguna sosial mempersoalkan
‘kebodohan’ lelaki tersebut. Tidak kurang juga yang marah apabila
melihat larangan agama Islam ini seolah-olah diperkotak-katikkan.
Jika benar perkara ini berlaku, moga inspektor ini dapat segera bertaubat dan mengambil insiden ini sebagai pengajaran.Credit Mynewshub
0 Response to "Gempar : Inspektor Melayu buat laporan Polis selepas langgan P3lacur ? "
Catat Ulasan