Video : Jalor bawa kuda ke pentas trending Worldwide Twitter

Maharaja Lawak Mega 2014 sudah masuk minggu kedua persembahan kumpulan-kumpulan yang bertanding sememangnya amat memukau, namum untuk edisi kali ini Kumpulan Jalor terus mendapat perhatian para peminat MLM2014 selepas cermelang di episod pertama dan kedua.

Kumpulan Jalor berjaya menjadi Trending Worldwide di laman sosial Twitter pada minggu kedua Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang berlangsung Jumaat malam.

Ternyata idea segar yang dibawa kumpulan Jalor yang dianggotai Rahim, Joey dan Along menjadi apabila persembahan mereka menjadi perbualan malam ini sehingga #jalor berada ditempat keenam ‘trending worldwide.’


Malah, suasana gamat dengan gelak tawa penonton di dalam Dewan Teater Selangor, Shah Alam apabila Along berketerampilan seperti Wak Doyok naik ke atas pentas sebelum Joey muncul dengan watak Chris Tucker.

Kelainan yang ditampilkan Jalor dengan menggunakan ‘props’ sejak persembahan mereka pada minggu pertama mencetus kelainan kerana dalam sejarah MLM, belum ada peserta berani membawa ‘props-melampau’ ke atas pentas.

Keunikan dalam persembahan Jalor juga telah mengukuhkan kedudukan mereka di tangga pertama MLM 2014 selama dua minggu berturut-turut.


Setakat ini, persembahan Jalor masih kekal konsisten dan diharapkan Joey, Rahim dan Along dapat mengekalkan kedudukan sebagai peserta ‘top 3’ sehingga ke Gelanggang Akhir MLM 2014.


Jika anda mahu melihat Jalor atau kumpulan kegemaran anda terus bertahan sehingga ke gelanggang akhir MLM 2014, jangan lupa mengundi Jalor ! 


Maharajala Lawak Mega 2014 bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam pada setiap Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (135).


Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk mendapatkan info terkini program Maharaja Lawak Mega 2014. Credit Astro Gempak

0 Response to "Video : Jalor bawa kuda ke pentas trending Worldwide Twitter "

Catat Ulasan