Video : Memburu Payung Petronas jadi Viral di media sosial


Ramai pelanggan setia Petronas mengamuk apabila stok payung hitam Primax 95 tidak ada dalam simpanan di setiap Stesen Petronas yang dikunjungi mereka.
Payung edisi terhad Primax 95 Petronas yang mula dipromosikan semenjak 20 Julai yang lepas mengenakan syarat pelanggan harus mendapatkan 10 cop bagi mendapatkan payung percuma berkenaan.
Bagaimanapun, kebanyakan pelanggan yang telah mendapat 10 cop terpaksa berputih mata dengan jawapan yang diberikan oleh kakitangan Stesen Petronas ketika ingin menebus payung edisi terhad itu bahawa mereka kehabisan stok.
Lebih menyakitkan hati, lebih 11 stesen Petronas yang dikunjungi memberikan jawapan yang hampir sama.Credit

0 Response to "Video : Memburu Payung Petronas jadi Viral di media sosial "

Catat Ulasan