Baru baru ini beberapa laporan media menyebut yang Abby Abadi terpaksa membuat laporan polis terhadap bekas suaminya, Noor Farhan Che Bakar yang didakwa melarikan wang miliknya bernilai puluhan ribu ringgit selain enggan bekerjasama dalam soal ini.
Menerusi laporan mStar Online hari ini Farhan tampil memberikan penjelasan dari pihaknya sendiri berkaitan isu ini dan mendakwa jumlah puluhan ribu ringgit itu sebagai karut dan satu tindakan yang mahu memalukan dirinya sahaja.
“Tidaklah sampai berpuluh ribu ringgit dan saya bukannya anak orang kaya sehingga sanggup berhutang dengan jumlah yang banyak tambahan pula gaji saya tidak tetap. Dakwaannya itu sengaja untuk merosakkan reputasi dan memalukan saya,“ jelas Farhan,
Farhan juga mendakwa pernah cuba untuk membayar sebanyak RM5,000 terlebih dahhulu namun ianya ditolak oleh Abby Abadi yang mahu hutang dijelaskan secara penuh.
“Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya itu,“ tambahnya yang enggan mendedahkan jumlah sebenar hutang tersebut.
Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand. Pasangan itu disahkan bercerai pada 9 Mei lalu. - rtky
0 Response to "Farhan : Abby Abadi tidak terima ansuran RM5000 dan mahu malukan nya "
Catat Ulasan