Gaya : Tudung bawal, pilihan zaman-berzaman

Perkembangan fesyen Muslimah berlaku dengan begitu pesat sekali. Antara yang mendapat perhatian adalah fesyen tudung atau hijab.

Shawl, tudung Syria, turban dan hijab gaya Hana Tajima; antara sebahagian stail tudung yang popular di kalangan wanita Muslimah moden.


Namun begitu, ramai juga Muslimah masih memilih untuk menggayakan tudung bawal. Tudung bawal bolehlah dikatakan sebagai jenis tudung paling tradisional kerana ia telah wujud sejak berpuluh tahun lalu. Yang berubah adalah corak dan jenis kain yang digunakan sahaja.


Di sini kami sertakan antara sebab mengapa tudung bawal tetap menjadi pilihan ramai.

1. Cantik dan kemas

Terletak cantik dan kemas di atas kepala serta memberi keseimbangan kepada keseluruhan penampilan anda. 

2. Selesa


Memang selesa dipakai untuk jangka waktu yang panjang. Amat sesuai untuk ke tempat kerja mahupun untuk kegunaan bersantai.

3. Kesesuaian cuaca


Sesuai dipakai dalam cuaca panas.


4. Kepelbagaian yang tidak menyusahkan

Boleh dipakai dalam pelbagai gaya, namun tetap senang dikenakan. Ini penting kerana tidak leceh untuk mengenakan tudung kembali selepas solat.


5. Mampu milik


Harga yang ditawarkan pasaran kebanyakannya di bawah RM30.

6. Sesuai digayakan segenap lapisan usia


Percaya atau tidak, tudung bawal mampu menjadikan raut wajah anda kelihatan lebih muda. Ini hakikat yang sememangnya diakui ramai penggemar tudung bawal.


Mungkin ada yang beranggapan tudung bawal bukan lagi satu 'hip' masa kini, tetapi apa yang lebih penting adalah pemilihan stail yang bersesuaian di samping patuh pada kehendak syariat dalam menutup aurat.


Foto kredit: Aidijuma

0 Response to "Gaya : Tudung bawal, pilihan zaman-berzaman"

Catat Ulasan