Kamera tersembunyi di tandas UIA, pelaku ugut untuk sebar rakaman

Antara perkara paling kecoh diperkatakan penuntut UIA bulan ini mungkin isu penemuan kamera tersembunyi yang diletakkan dalam tandas perempuan.

Kamera itu ditemui dalam sebuah tandas di kafeteria Kuliyyah Pendidikan, beberapa hari lalu.



Perkara tidak bermoral ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penuntut dan kini pelakunya masih dalam siasatan.
Bagaimana pun hari ini, Facebook Ma’ruf Club IIUM telah memuat naik status tentang tindakan biadap pihak tertentu mengugut akan menyebar dan menjual rakaman kamera tersebut.
Sudah tentu, ugutan sebegini akan membuat para penuntut akan lebih kecut perut jika mereka antara mangsa aniaya yang telah dirakam.
Diharapkan pihak berkuasa dapat mengesan dan mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan perbuatan ini seberapa segera. Credit Webberita

1 Response to "Kamera tersembunyi di tandas UIA, pelaku ugut untuk sebar rakaman "