Shah Alam : Penerbangan Malaysia Airlines MH198 yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hyderabad, India, terpaksa berpatah balik kerana masalah teknikal, malam tadi.
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan nasional itu berkata, pusingan tersebut dilakukan sebagai langkah keselamatan.
"Isu teknikal tersebut tidak memberi sebarang impak kepada keselamatan pesawat ataupun penumpang," kata MAS.
MH198 mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2.01 pagi ini. Ia berlepas pada jam 10.20 semalam.
Difahamkan, para penumpang diberikan tempat penginapan berhampiran dan dijangka berlepas ke destinasi dituju tengah hari ini.
"MH198 dijadualkan beroperasi sekali lagi sebagai MH198D dan akan berlepas dari Kuala Lumpur pada tengah hari."
"Penerbangan akan tiba di Hyderabad pada 1.35 hari ini," tulis kenyataan itu. Sinar

0 Response to "MH198 alami masalah teknikal, patah balik ke KLIA"
Catat Ulasan