Peragut potong tangan mangsa demi gelang emas kini dicari


Pasir Puteh : Baru-baru ini tersebar beberapa gambar di aplikasi Whatsapp yang memaparkan gambar seorang wanita yang telah kehilangan tangan sebelah kanannya akibat di kelar oleh peragut.

Menurut deskripsi gambar tersebut, kejadian telah berlaku berdekatan stesen minyak Petron di Pasir Puteh, Kelantan. Kejadian dikatakan terjadi pada 27 September, 2 petang. Menurut sumber, mangsa adalah seorang pemilik kedai telur.





Selain itu, dinyatakan juga tangan wanita itu telah di tetak kerana peragut tersebut ingin mengambil gelang emas ditangan mangsa.

Memang gila betul perangai peragut nih. Tak ada perasaan belas kasihan langsung. Diharap pihak berkuasa berjaya menangkap si bangsat ini.

Kami memohon agar semua berhati-hati terutamanya bagi kaum wanita. Jika boleh, kurangkan membawa barangan yang boleh menarik perhatian peragut seperti barang kemas dan seumpamanya.

Sebolehnya, ketika berjalan di kawasan yang terdedah, pastikan anda tidak berjalan keseorangan. Lagi elok kalau yang temankan anda adalah seorang lelaki. Credit SiakapKeli

0 Response to "Peragut potong tangan mangsa demi gelang emas kini dicari "

Catat Ulasan