Jurulatih Dollah Salleh mengesahkan ketiadaan 4 pemain iaitu S. Chanturu, Manaf Mamat, Razman Roslan serta Badhri Radzi dalam aksi persahabatan bersama Indonesia di Surabaya ekoran kecederaan yang dialami mereka.
Keempat-empat pemain ini tidak cergas sepenuhnya, memasuki hari ke 5 sesi latihan kebangsaan di Wisma FAM memaksa Dollah ketepikan mereka menjelang aksi di Surabaya Ahad depan.
Terpaksa akur dengan situasi itu ia sekaligus menolak kemunculan mereka untuk bersaing merebut 25 slot pemain yang akan jadi kekuatan utama skuad kebangsaan bertemu pasukan Indonesia nanti
Dollah menjelaskan pengguguran ini bersifat sementara, mereka akan terus berada dalam radar skuad negara untuk berhadapan cabaran seterusnya bertemu Kemboja pada 20 September dan Jordan pada 11 Oktober depan dengan syarat bebas sepenuhnya dari kecederaan.
Untuk aksi persahabatan kali ini, Dollah mencipta kelainan apabila membawa 3 penjaga gol iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias serta Azizon Abdul Kadir, selain turut menyenaraikan Bobby Gonzales yang kembali bersama skuad kebangsaan sejak 3 hari lalu selepas gagal menempatkan diri dalam skuad bawah 23 tahun ke Sukan Asia di Incheon.
Malaysia akan berdepan Indonesia dalam aksi persahabatan pada 14 September jam 6 petang dan anda boleh saksikan siaran langsung di Astro Arena.
0 Response to "Piya, Chanturu , Manaf , Razman TERSINGKIR"
Catat Ulasan