Profail : YB Mohamed Azmin Ali Menteri Besar Selangor Ke-15


Petaling Jaya : Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Pelantikan berkuatkuasa 23 September 2014 itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menerima surat pelantikan yang ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, petang Isnin.
"Sukacita dimaklumkan bahawa Sultan Selangor telah berkenan melantik YB (Yang Berhormat) tuan untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor berkuat kuasa 23 September (Selasa).

"Sehubungan itu, YB diminta hadir ke istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar aku janji serta pengurniaan surat cara pelantikan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor," menurut surat itu.


Profail : 

YB Mohamed Azmin Ali (lahir pada 25 Ogos 1964) merupakan Ahli Parlimen GombakSelangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit AntarabangsaSelangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Di peringkat akar umbi, beliau adalah Timbalan Presiden PKR

Di peringkat negeri Selangor, beliau adalah ahli jawatankuasa Selcat. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua PKR Sabah, kemudian PKR Wilayah Persekutuan dan kini PKR Selangor.

Keluarga

Bapanya Ustaz Ali dan ibunya Hajjah Che Tom Yahaya menetap di Kampung Klang Gate, Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor. Adik beradiknya termasuklah Azwan Ali (pelakon, pengacara) dan Arpah Ali (pakar motivasi).

Azmin Ali lahir di Singapura (yang ketika itu masih berada dalam Malaysia) pada 25 Ogos 1964 dan merupakan abang kepada pengacara televisyen yang penuh kontroversi iaitu Azwan Ali.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Gurney Road (2), Kuala Lumpur dari 1971 hingga 1976. 

Kemudian beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur (1977 - 1979) dan Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980 - 1981). Beliau menyambung pelajaran beliau di University of Minnesota,Amerika Syarikat. Credit Mstar,wikipedia

0 Response to "Profail : YB Mohamed Azmin Ali Menteri Besar Selangor Ke-15 "

Catat Ulasan