Sayu : Kisah Muallaf gelandangan terima bantuan RM50 setahun ?


Seorang pengguna Facebook memuatnaik 2 keping gambar mengenai seorang muallaf yang baru sahaja 4 tahun memeluk Islam dalam keadaan serba kekurangan dan hidup dalam gelandangan.

Ketika ditanya samaada pakcik muallaf itu ada menerima bantuan baitulmal, jawapan yang diberikan amat mengejutkan iaitu hanya menerima "RM50 setahun".


Berikutan itu, status dan gambar yang dimuatnaik tersebar dan menimbulkan rasa kurang senang pengguna media sosial terhadap jabatan Bautulmal yang bertanggungjawab.

Namun, melalui ruangan komen beberapa individu memberikan penjelasan bahawa bantuan yang diberikan hanyalah berbentuk bantuan sementera atau kecemasan sahaja sebelum mereka memohon bantuan bulanan yang sebenar.

Kenyataan itu turut disokong oleh MAIWP sendiri dalam komennya yang telah menjalankan siasatan awal. Pihak MAIWP juga mengatakan telah menggerakkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP untuk mencari dan mendapatkan info lanjut daripada muallaf itu.

Semoga perkara ini tidak berlanjutan kerana banyak komen-komen dilihat berbentuk sinis dan boleh jatuh kepada fitnah ditulis oleh pengguna media sosial. Credit TengokTVonline

0 Response to "Sayu : Kisah Muallaf gelandangan terima bantuan RM50 setahun ?"

Catat Ulasan