Seorang pelajar nekad untuk mengusung tilam sehinggalah pesalah laku yang bertanggungjawab dibuang. Emma Sulkowicz, pelajar tahun akhir di Universiti Columbia berhasrat meneruskan perbuatan ‘protes’ tersebut apabila pihak pengurusan tidak mengambil serius laporan yang dibuatnya.
Pelajar jurusan Seni Visual ini mendakwa dia dirogol seorang pelajar dari universiti yang sama pada hari pertama bermulanya tahun kedua pembelajaran.
“Selagi saya masih lagi menuntut di bawah bumbung yang sama dengan lelaki tersebut, saya akan tetap membawa tilam ini ke mana sahaja,” ujarnya.
Langkah drastik tersebut di imbuhkan Emma atas dasar kesedaran supaya usahanya tidak di pandang rendah oleh mana-mana pihak. Pelajar lelaki yang dimaksudkan turut mendapat dua lagi pertuduhan rogol sebelum ini.
0 Response to "Usung tilam tuding per0gol diri nya "
Catat Ulasan