Berakhir sudah konsert kedua #AF2014 yang bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam sebentar tadi dengan menyaksikan penyingkiran seorang pelajar.
Walfadhilah Suhaizat atau Wawa tersingkir selepas pelajar berusia 19 tahun ini mendapat undian terendah iaitu 2.53%.
Wawa telah menyampaikan lagu berjudul ‘Wajah Kekasih’ nyanyian asal oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain Wawa, dua pelajar yang turut sama mendapat mata terendah ialah Farez dengan 3.8 % dan Muna sebanyak 2.98 %.
Penyingkiran pelajar yang berasal dari Banting, Selangor itu diumumkan oleh hos #AF2014, Faizal Ismail dan Zizan Razak.
Bagaimanapun, pengetua #AF2014 iaitu Dato’ Hattan dan barisan tenaga pengajar seperti Fatimah Abu Bakar, Linda Jasmine, Datin Marlia Musa dan Siti Hajar kelihatan berpuas hati dengan persembahan Wawa.
Tiga orang juri yang bertanggungjawab untuk memberi komen terhadap para pelajar di konsert kedua ini ialah Dato Ramli MS dan Amy Mastura sebagai juri jemputan manakala Raja Azura selaku juri tetap.
Konsert ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan istimewa kumpulan Nico dan Amy Mastura serta penampilan istimewa Ramlah Ram.
Dengan penyingkiran Wawa itu, Kini tinggal 11 orang pelajar yang akan meneruskan perjuangan sehingga bergelar juara.
Mereka ialah Adel, Nina, Muna, Ziha, Nuha, Ewal, Firman, Aman, Azwan, Farez dan Zarif. Astro Gempak
0 Response to "Video : Wawa pelajar pertama tersingkir di konsert kedua AF2014"
Catat Ulasan