Wanita tetap lindungi anak walau ditembak di kepala

Kasih ibu sehingga ke akhir hayat. Seorang ibu, Jessica Arrendale bertindak menyelamatkan anaknya berusia enam bulan meskipun ketika menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian berlaku malam Sabtu, 13 September lalu apabila Antoine Davis, 30 tahun pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan mula bertindak ganas.

Bimbang mengenai keselamatan anaknya, Jessica lantas mendukung Cobie dan mempertahankan diri mengunakan kayu pemukul bola lisut.


Namun bekas askar marin yang pernah berkhidmat di Iraq bertindak merampas senjata tersebut lalu memukul ibu berusia 37 tahun itu berkali-kali.

Jessica kemudiannya mengunci diri dan anaknya di dalam bilik air. Antoine lantas mengambil raifal dilengkapi penindas lalu memecah pintu bilik air sebelum menembak Jessica di kepala.

Sekelimat hidup terpancar sebelum menghembus nafas terakhir, Jessica meletakkan Cobie di dalam mangkuk tandas sebelum melindungi bayi malang tersebut dengan badannya.

Sang bapa akhirnya menembak diri sendiri di bilik anak. Cobie dijumpai polis 13 jam kemudian dan dibawa ke hospital.

“Anak saya seorang wira. Tindakan terakhirnya adalah memastikan cucu saya terus hidup” terang ibu Jessica, Teresa Inniello.

2 Responses to "Wanita tetap lindungi anak walau ditembak di kepala"