Gambar Hanez Suraya bawa diri ke Pulau Rahsia


Hanez Suraya selebriti jelita apa yang dilakukan nya setiasa mendapat perhatian, tak tahu lah apa sebenarnya status pelakon, Hanez Suraya dengan pasangannya Romzie. Yelah satu ketika dulu katanya mereka sudah putus tetapi kekasihnya tidak dapat menerima kenyataan dan masih lagi mahu memujuk Hanez.
Tapi baru-baru ini melaluai portal Murai, Murai Batu perhati Instagram miliknya, Hanez ada ke suatu pulau dan dinamakan pulau itu sebagai Secret Island (Pulau Rahsia) dan Hanez turut menggunakan lambang smiley offline iaitu maknanya tidak mahu diganggu dari sebarang panggilan.


Malah nampaknya Hanez pergi tanpa ditemani kekasihnya seperti sebelum ini. Yelah kalau tak silap sebelum ini dia ke Phuket pun bersama Romzie.
Nampak seperti kali ini dia keseorangan tapi Murai Batu pasti dia pergi bersama rakan atau teman wanita kerana ada sekeping foto di Instagram miliknya dia memuat naik gambarnya sedang snorkeling dengan seorang teman sambil bermain ikan-ikan yang sedang berenang.
Tapi menerusi foto-fotonya dai seolah-olah ke sana untuk menenangkan diri sambil menikmati keindahan alam. Adakah dia sengaja membawa diri ke sana? Jika tidak mengapa dia tidak mahu diganggu?
Adakah hubungan Hanez dan Romzie kembali retak? Murai Batu pun tak pasti kerana hanya Hanez sahaja ada jawapannya ... Credit Murai

0 Response to "Gambar Hanez Suraya bawa diri ke Pulau Rahsia "

Catat Ulasan