INCHEON: Penganjur Sukan Asia 2014, hari ini menggugurkan pingat emas yang dimenangi atlet wushu negara, Tai Cheau Xuen selepas dia didapati gagal dalam ujian dadah, kata badan induk sukan Asia, OCA.
Tai didapati menggunakan dadah perangsang jenis sibutramine, kata Majlis Olimpik Asia (OCA) dalam satu kenyataan.
Pemenang pingat emas pertama negara di Korea Selatan itu adalah atlet ketiga yang dilaporkan gagal dalam ujian dadah selain dua atlet lain.
Pemain bola sepak Tajikistan dikenali Khurshed Beknazarov dan pemain soft tenis Kemboja, Sophany Yi disahkan positif selepas mereka tidak mahu sampel B diuji.- AFP
0 Response to "Berita sedih untuk Malaysia pingat emas atlet wushu di tarik balik "
Catat Ulasan