Tiga lelaki masing-masing merupakan anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan RELA ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita warga asing beberapa hari yang lepas.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 pagi, mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan dipaksa melakukan hubungan seks dengan mereka jika mahu dilepaskan kerana kesalahan tiada dokumen pengenalan diri.
Berita di atas apabila dibaca mungkin dianggap satu kes terpencil namun apabila video memaparkan seorang saksi kejadian menceritakan apa sebenarnya berlaku pada hari tersebut menjadi viral ramai orang mula memperkatakan tentangnya.
Rata-rata yang menonton video ini mengutuk perlakuan manusia yang sepatutnya melindungi keselamatan negara ini.
Meski pun yang teraniaya adalah warga asing ia bukan sahaja melanggar undang-udang yang sepatutnya ditegakkan mereka malah perbuatan ini amat kejam kerana mangsa baru dua bulan melahirkan bayi.
Sudahlah begitu, telefon bimbit dan wang RM60 wanita malang itu pun dicuri sekali! Credit Katak Comel
0 Response to "Kejam : Video kisah 3 lelaki beruniform R0GOL wanita baru lepas bersalin"
Catat Ulasan