Zed Zaidi kekal sebagai Presiden Seniman dalam pemilihan hari ini

Kuala Lumpur : Pelakon Zed Zadi telah mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dengan menewaskan dua pencabar lain dalam satu Mesyuarat Agung Ke-14 (AGM 14) yang berlangsung tadi.
Zed, 34, telah menewaskan dua pencabarnya, Datuk Mustapha Maarof dan Afdlin Shauki mendapat 109 undi. Mustapha, 79, yang pernah memegang jawatan Presiden Seniman sebelum ini mendapat 71 undi, manakala Afdlin, 43, pula sekadar meraih 66 undi.
Bagaimanapun, AGM 14 yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang, Selangor berlangsung dalam suasana sedikit tegang sebelum sesi pemilihan dibuat.
Pada 21 November 2013, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa Mesyuarat Agung Ke-14 (AGM 14) Seniman yang diadakan pada 26 Mei 2012 terbatal dan tidak sah serta semua pemilihan jawatankuasa yang dibuat dalam mesyuarat itu terbatal dan tidak sah. - KOSMO!

0 Response to "Zed Zaidi kekal sebagai Presiden Seniman dalam pemilihan hari ini "

Catat Ulasan