4 Gambar Rancangan Realiti Gadis Berb ikini untuk Lelaki cari kekasih/Isteri

TOKYO : Sebuah rancangan realiti yang memaparkan sekumpulan gadis memakai bikini dan boleh dijadikan teman untuk `berdating’ atau berkahwin telah dilancarkan.

Diberi nama kumpulan Happening Girls, empat anggota kumpulan itu yang terdiri daripada Manaka, 20, Saaya, 22, Kaori, 26 dan Eri, 25, akan muncul di khalayak ramai dengan hanya memakai bikini semata-mata.
Peminat lelaki yang mahu menyertai rancangan ini boleh menghantar permohonan kepada penerbit rancangan berkenaan.
Peserta lelaki itu akan menjalani uji bakat ala x-factor dan akan ditemubual sama ada mereka layak untuk berdamping dengan gadis-gadis berkenaan.


Menurut jurucakapnya, Teruki Aoki, pihaknya menggalakkan peminat untuk mengambil bahagian dan mendampingi gadis seksi terbabit.
“Terdapat banyak kumpulan di Jepun namun hingga sekarang tidak ada yang memakai bikini, jadi pasti peminat lelaki tidak mahu melepaskan idola mereka ini,” katanya.
Selain empat gadis berkenaan, beberapa orang gadis lain akan dijemput untuk menyertai anggota kumpulan tersebut namun dengan syarat mereka mesti berusia 17 hingga 30 tahun serta tidak teragak-agak untuk berbikini di khalayak ramai sepanjang masa. – Webberita

0 Response to "4 Gambar Rancangan Realiti Gadis Berb ikini untuk Lelaki cari kekasih/Isteri"

Catat Ulasan