Amazing video : Eksekutif Google cipta rekod terjunan tertinggi

New Mexio  : Seorang eksekutif syarikat enjin pencarian gergasi, Google telah mencipta rekod dengan melakukan terjunan udara tertinggi di dunia iaitu pada ketinggian 41,148 meter (m), menurut satu kenyataan kelmarin.

Eksekutif itu, Alan Eustace, 57, yang merupakan Naib Presiden Kanan Ilmu Pengetahuan Google melakukan terjunan tersebut bagi menjayakan projek eksplorasi dari ruang atmosfera melebihi ketinggian 30,480m.

Menurut kenyataan Perbadanan Pembangunan Ruang Paragon, Eustace yang memulakan misi di Roswell, New Mexico itu menggunakan kelengkapan pakaian seorang angkasawan yang direka khas sebelum terjun dari ruang stratosfera.



“Eustace terjun pada kelajuan 304m seminit de­ngan keseluruhan terjunan mengambil masa selama dua jam 30 minit. Dia berada di lapisan stratosfera selama kira-kira 30 minit.

“Dia kemudian menghabiskan masa lima minit untuk terjunan bebas semasa masuk ke lapisan atmosfera sebelum melepaskan payung terjun pada ketinggian 5,486m,” menurut kenyataan itu.

Kostum angkasawan itu direka sama seperti kostum yang dipakai semasa misi roket Apollo yang telah dihasilkan oleh firma kejuruteraan ILC Dover dengan bantuan daripada beberapa konsultan dan syarikat-syarikat lain.

Rekod terdahulu dipegang oleh seorang penerjun udara dari Austria, Felix Baumgartner yang telah melakukan terjunan pada ketinggian 39,014m juga di New Mexico pada tahun 2012. – AFP

0 Response to "Amazing video : Eksekutif Google cipta rekod terjunan tertinggi "

Catat Ulasan