Georgtown : Seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun didapati kritikal selepas terjatuh ke dalam kolam renang di sebuah kondominium di Bandar Baru Air Itam di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, kanak-kanak tersebut yang sedang bermain bersama dua orang kakaknya yang berumur 11 dan 16 tahun dipercayai tergelincir ke dalam kolam renang itu.
Difahamkan mangsa yang tidak pandai berenang ditemui hampir lemas sebelum diselamatkan anggota keluarganya.
Menurut saksi, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP)selepas tidak sedarkan diri ketika ditarik keluar dari kolam berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Kominsioner Mior Faridalthrash Wahid mengesahkan kes berkenaan.
Menurutnya, mangsa kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP. - Bernama

0 Response to "Budak perempuan 6 tahun kritikal jatuh kolam renang "
Catat Ulasan