H0T : Mariah Carey di KL,berhabis RM65,000 shopping di Bukit Bintang ( 6 Gambar )

Kuala Lumpur : Penyanyi popular, Mariah Carey mengambil kesempatan untuk berbelanja di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Bukit Bintang kira-kira pukul 9 malam tadi.
Menurut sumber, Mariah yang bakal mengadakan konsert keduanya di Malaysia selepas tahun 2004 dikatakan menghabiskan sebanyak RM65,000 ketika berbelanja di beberapa buah butik berjenama di pusat membeli-belah berkenaan.




Bakal menjayakan konsert The Elusive Chanteuse Asian Tour 2014 di Stadium Merdeka malam ini, penyanyi yang popular menerusi lagu Hero itu tiba di Malaysia dua hari lalu menggunakan jet peribadi.
Sebelum mengadakan konsert di Kuala Lumpur, Mariah terlebih dahulu menjayakan konsert di Tokyo, Jepun serta di lima buah bandar di China. 

0 Response to "H0T : Mariah Carey di KL,berhabis RM65,000 shopping di Bukit Bintang ( 6 Gambar ) "

Catat Ulasan