Tiba-tiba kemarahan penulis jadi meluap-luap apabila melihat
perbuatan seorang wanita dipercayai warga Indonesia yang menyuap makanan
secara paksa ke dalam mulut seorang bayi tanpa belas kasihan.
Biarpun, bayi itu menangis kerana makanan sudah penuh di dalam
mulutnya, dia tetap terus menyupkan makanan tanpa henti dengan harapan
agar bayi itu menelannya segera.
Ayat yang keluar dari mulut wanita itu hanyalah..
“Cepat.. cepat.. cepat nak? cepat,” kata wanita itu.
Kes ini dipercayai berlaku di Malaysia kerana wanita itu ada
berkata berkenaan cara itu biasanya dipraktikkan di negara Indonesia.
“Kalau orang Indon macam inilah bos,” kata wanita tidak berperikemanusiaan itu.
Tidak dijelaskan mengapa bayi itu diperlakukan sedemikian dan tiada tarikh bilakah kejadian ini berlaku.
Video berkenaan dipercayai dirakam lelaki yang berada di depan wanita
itu yang sesekali terdengar tertawa melihat bayi yang sedang bertarung
untuk menelan makanan yang disumbatkan ke dalam mulutnya secara paksa.
Orang ramai di internet diharapkan dapat menyebarkan dan menjadikan
petikan video ini yang dimuatnaik di Friedns of BN-Barisan Nasional agar
segera kes ini disiasat dan si pelakunya di bawa ke muka pengadilan
kerana menyeksa bayi itu. Credit MNH
0 Response to "Kejam : Bibik Indo gila paksa bayi makanan "
Catat Ulasan