Kuala Lumpur: Gara-gara insiden memegang telefon bimbit terbalik dalam siri telenovela popular Cinta Ibadah baru-baru ini, Raja Ilya terpaksa berdepan pelbagai kritikan negatif daripada peminat.
Bukan saja menjadi viral di laman sosial seperti Facebook dan Instagram, pelakon yang dikenali dengan watak antagonis dalam drama Dahlia dan Tiara itu turut menerima ratusan ribu komen di laman sosial miliknya.
Secara peribadi, pemilik nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohamad yang memegang watak antagonis iaitu Ratna dalam drama itu mengakui dia tidak ingin cepat melatah sebaliknya lebih suka melihat kritikan dari sudut yang positif.
“Saya mula perasan perkara itu bila melayari laman sosial dan semua ‘followers’ mula ‘tag’ gambar babak saya memegang telefon bimbit terbalik di Instagram.
“Sebenarnya, insiden itu tidak disengajakan kerana perkara seperti itu kadang-kadang berlaku dalam mana-mana penggambaran drama pun.
“Mungkin saya sangat fokus ketika menjiwai watak Ratna dan tidak perasan pun memegang telefon itu terbalik.
“Skrin telefon itu sama besar dan bahagian atas dan bawahnya lebih kurang sama. Mujur peminat saya faham dan tetap memberi sokongan pada drama berkenaan,” katanya.
Bagaimanapun, kata Raja Ilya, insiden yang berlaku tidak menjejaskan rating drama bersiri popular berkenaan.
“Ternyata, insiden yang berlaku turut menarik lebih ramai orang ingin menonton cerita ini kerana mereka ingin tahu apa yang berlaku.
“Ada pula pihak yang menjadikan insiden itu ‘parody’ dan melihat ia perkara yang melucukan dan sebagai bahan hiburan,” katanya.HM
0 Response to "Kerana Gambar ini Raja Ilya berdepan kritikan negatif daripada peminat."
Catat Ulasan