Kes serangan S3ksual Rizalman akan didakwa dalam masa terdekat


Petaling Jaya : Pegawai Waran Dua Muhammad Rizalman Ismail, yang didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual di Wellington akan dihantar balik semula ke New Zealand pada minggu ini untuk menghadapi pertuduhan, demikian menurut New Zealand Herald.

Bagaimanapun, menurut portal akhbar itu, sumber tidak dapat mengesahkan atau menafikan laporan bahawa Muhammad Rizalman akan dihantar balik semula ke negara tersebut dalam masa terdekat.

The Herald pada Sabtu memetik polis sebagai berkata, proses ekstradisi sedang dijalankan.Muhammad Rizalman ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lalu dan dibawa ke mahkamah pada hari berikutnya atas pertuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol seorang gadis berusia 21 tahun.

Muhammad Rizalman dan keluarganya berlepas pulang ke Malaysia pada 22 Mei di mana Kementerian Pertahanan menjalankan siasatan berhubung kes itu dengan segera.Rizalman dibenarkan keluar daripada penilaian psikiatri di Hospital Tentera Tuanku Mizan pada akhir Julai lalu, lapor mStar.

0 Response to "Kes serangan S3ksual Rizalman akan didakwa dalam masa terdekat "

Catat Ulasan