Pak Majid nama yang tidak perlu di perkenalkan lagi bagi peminat bolasepak Pahang, yang mana dia pernah berjalan kaki dari Kuantan ke Bukit Jalil bagi membayar nazar nya apabila pasukan Pahang muncul Juara Piala Malaysia pada tahun lepas.
Untuk tahun ini awal-awal lagi Pak Majid mendapatkan tiket untuk menyakasikan Final Piala Malaysia edisi tahun ini yang akan berlangsung esok.
Manakala bagi edisi kali JDT menjadi lawan Pahang di pentas Final dan di situ lah muncul seorang warga emas yang bernama Mohammad Ali Lumak, 87, atau mesra dipanggil Wak Ali, yang sanggup digendong masuk ke stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menerima 10 tiket percuma final Piala Malaysia daripada Menteri Besar Johor, di sini, hari ini.
Tiket percuma itu diserahkan oleh Pegawai Khas Menteri Besar Johor Noor Azleen Ambros.
Wak Ali mendapat perhatian ramai termasuk Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selepas gambarnya digendong seorang lelaki ketika memasuki Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Johor Bahru tersebar luas di laman Facebook, baru-baru ini.
Berikutan itu, Wak Ali bersama 20 orang ahli keluarganya akan ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan final malam esok.
Semoga hasrat Pak Majid dan Wak Ali untuk ke final tercapai dan mereka di beri kesihatan yang baik untuk menyaksi Piala teraggung Bolasepak Malaysia edisi kali ini.
0 Response to "Kisah Pak Majid vs Wak Ali turun Bukit Jalil."
Catat Ulasan