KPJ di kritik dan di pertikai beri Tajaan Bersalin pada Che Ta ?

Semenjak Selebriti Popular Rozita Che Wan yang bakal bersalin mendapat Tajaan dari Hospital Ampang Puteri anak syarikat milik KPJ, berbagai spekulasi timbul dengan apa yang berlaku.

Ada yang meminta pihak KPJ menimbang semula tajaan bersalin pada selebriti tersebut, Itu reaksi yang diberi oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor apabila berita tentang penajaan kos bersalin aktres terkenal Rozita Che Wan di Hospital Ampang Puteri hebah di perkatakan.


Mereka menyarankan agar hospital swasta itu mengkaji kembali relevannya memberikan khidmat tajaan tersebut kerana berpendapat bahawa pelakon itu berkemampuan.
“Sedangkan ramai lagi rakyat negeri Johor yang langsung tidak dapat menikmati apa-apa keistimewaan di pusat-pusat perubatan milik KPJ,” ujar Penyelaras SAMM, Hadzril Rizal yang dipetik dari laman portal Malaysiakini.
Tambahnya lagi, “Ramai rakyat Johor terpaksa berbaris panjang di klinik kesihatan awam, malah senarai menunggu untuk penyakit kritikal seperti pembedahan pintasan jantung di hospital pakar kerajaan juga begitu panjang.”
Hadzril juga memberikan contoh kes adik Mohd Aqil Rida dari Parit Sulong, Johor yang memerlukan sumber kewangan bagi menjalankan pembedahan jantungnya di Institut Jantung Negara (IJN).
Rozita Che Wan atau dikenali sebagai Che Ta dijangka bersalin dalam tempoh dua minggu lagi hasil perkahwinan keduanya dengan aktor Oh My English, Zain Saidin. Credit MNH

0 Response to "KPJ di kritik dan di pertikai beri Tajaan Bersalin pada Che Ta ?"

Catat Ulasan