Lelaki maut akibat Pen Pistol @ Rokok Elektronik nya meletup ( 4 gambar )


Kuala Lumpur : Siasatan polis mendapati kematian seorang lelaki di Bintulu, Sarawak, kelmarin, adalah berpunca daripada sebatang pen pistol miliknya yang meletup secara tiba-tiba.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika mengesahkan perkara itu berkata, senjata tersebut sememangnya terdapat dalam pasaran di luar negara dan pihaknya percaya ia diseludup masuk melalui jalan-jalan tikus di sempadan negeri berkenaan.

"Jika senjata api ini dibawa masuk melalui pintu masuk negara sedia ada, ia boleh dikesan melalui pemeriksaan mesin pengimbas.



"Malah, kesemua anggota yang menjaga dan mengawal pintu masuk negara mempunyai pengetahuan tentang pelbagai jenis senjata api termasuk senjata berbentuk pen itu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Dalam insiden itu, seorang lelaki berusia 43 tahun maut di tempat kejadian selepas peluru dari pen pistol berkenaan tiba-tiba meletup dan tepat mengenai jantungnya.

Khalid seterusnya memberitahu, memiliki senjata tersebut merupakan satu kesalahan undang-undang dan ia boleh dijatuhkan hukuman mengikut Akta Senjata Api 1960.

"Kami juga tidak menolak kemungkinan senjata ini dibawa masuk ke negara ini secara haram dan diubah suai mengikut kaedah sendiri. Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan tidak berasa panik atau risau kerana polis akan sentiasa memantau sekiranya berlaku penyeludupan senjata ini," ujarnya. Utusan Online



0 Response to "Lelaki maut akibat Pen Pistol @ Rokok Elektronik nya meletup ( 4 gambar )"

Catat Ulasan