Marc Marquez JUARA MotoGP2014 di Sepang

Sepang : Juara dunia, Marc Marquez menjuarai perlumbaan MotoGP saingan Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sebentar tadi yang juga kejuaraan ke-12 miliknya musim ini.

Penunggang Repsol Honda kelahiran Sepanyol yang bermula di petak kedua itu mengatasi dua penunggang Yamaha, Valentino Rossi di kedudukan kedua diikuti Jorge Lorenzo, ketiga.

Marquez mencatat masa 40 minit 45.523 saat dengan Rossi yang meraih sokongan padu di Sepang ketinggalan 2.445s diikuti Lorenzo (+3.508s).

Malang buat rakan sepasukan Marquez, Dani Pedrosa yang memulakan perlumbaan di petak utama apabila terjatuh dua kali sepanjang perlumbaan.

Bekas  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas menyampaikan trofi tempat pertama perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia kepada Pelumba Repsol Honda Team, Marc Marquez (tengah) diikuti tempat kedua, pelumba Movistar Yamaha, Valentino Rossi (kiri) dan tempat ketiga pelumba Movistar Yamaha, Jorge Lorenzo (kanan) di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini. Bharian

0 Response to "Marc Marquez JUARA MotoGP2014 di Sepang "

Catat Ulasan