Rumah keluarga Stacy di Sabah dilanda banjir

Dengan keadaan cuaca yang semakin tidak menentu ini adalah lebih baik kita mengambil pendekatan bersedia agar segala kejadian dapat dielakkan. Namun, nasib tidak berpihak kepada keluarga Stacy di Sabah apabila kediaman keluarga mereka telah dinaiki air banjir. Hujan yang telah turun tidak berhenti selama beberapa hari sebelum ini turut menambahkan lagi keadaan buruk di sana.

Melalui laman sosial instagram @stacyanam, pelatun lagu 'Gilalah' ini turut memuat naik rumahnya yang telah dipenuhi air banjir. Menurut peminat yang tinggal dikawasan berhampiran, banjir telah menyebabkan hampir seluruh Kampung Tuavon, Penampang dan Donggongon telah ditenggelami air.

Bukan itu saja, peminat turut bersimpati dengan kejadian tersebut. Rakan artis yang turut berkongsi simpati ialah @altimet_ yang berharap agar semua keluarga Stacy berada dalam keadaan yang baik. Stacy dikhabarkan tidak berada di kampung halamannya dan diberitakan keluarganya berada dalam keadaan yang selamat cuma sebahagian barang yang terletak di ruang bawah rumah yang mengalami kerosakan.

Diharapkan agar keluarga Stacy terus tabah untuk menerima perkara ini dan diharapkan agar semua penduduk di kawasan tersebut bersabar kerana setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Credit era@fm 

0 Response to "Rumah keluarga Stacy di Sabah dilanda banjir"

Catat Ulasan