2 Video : Detik sejurus pesawat MH17 terhempas dirakam kamera


Kuala Lumpur : Dua buah video amatur didakwa memaparkan imej mengejutkan sejurus nahas MH17 kini muncul di internet.


Klip video berdurasi dua minit yang dimuat naik ke YouTube pada Ahad oleh agensi beritaRussia Todaymenggambarkannya sebagai rakaman terawal sejurus nahas berlaku.

Penduduk yang jelas terkejut dengan tragedi itu kedengaran menjerit dan berteriak, manakala yang lain berlari ke arah lokasi nahas dengan baldi air dalam usaha memadamkan api yang marak.


Pada Julai, sebuah video berdurasi 54 saat, didakwa memaparkan letupan besar akibat impak pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine, muncul di internet. Credit Astro Awani 

0 Response to "2 Video : Detik sejurus pesawat MH17 terhempas dirakam kamera "

Catat Ulasan