Penyanyi dangdut Amelina mendedahkan dia telah membuat sebanyak tiga
kali solat istikharah sebelum memutuskan untuk kembali ke dunia hiburan.
Amelina atau nama sebenarnya, Nurazlina Amir Sharifuddin, 40, berkata, dia yakin kemunculan semulanya di industri seni tanah air selepas 15 tahun menghilangkan diri adalah pada masa yang sesuai dan tepat.
"Saya sudah lama memikirkan untuk kembali semula sebagai penyanyi namun banyak perkara yang saya fikirkan membantutkan usaha itu.
"Sehingga saya buat tiga kaki solat istikharah, barulah saya dapat jalan dan keyakinan untuk teruskan niat ini pada masa yang sangat sesuai," ujarnya.
Amelina ditemui pada satu sidang media kemunculan semulanya yang diadakan di Di Nartwork Studio, dekat sini, Isnin.
Penyanyi yang popular pada zaman 90-an menerusi lagu Rindu ini memberitahu keputusan itu disokong oleh ibu dan enam orang anaknya.

Bagaimanapun, Amelina berkata, kemunculan kali ini membawa imej yang bersesuaian dengan umur dan statusnya sebagai seorang ibu.
"Saya akan tampil dengan gaya baru yang tidak terlalu seksi kerana perlu menjaga maruah anak-anak yang semakin membesar serta ibu.
"Lagi pula saya dikenali tanpa tarian seksi atau gelek, jadi tiada masalah tentang tarian kerana orang hanya ingin dengan lagu dan suara saya sahaja," ujarnya.
Dalam pada itu, mengulas tentang pasaran industri dangdut yang kurang mendapat perhatian, Amelina mengakui sedih dengan perkara tersebut.
Katanya, dia sendiri tertanya-tanya adakah jika dia tidak menghilangkan diri genre tersebut masih bertahan hingga sekarang.
"Sudah tentu saya sedih melihat lagi dangdung sudah tidak dapat perhatian seperti dahulu dan terpinggir.
"Saya juga ada terfikir bagaimana kalau saya tidak menghilang dahulu, adakah ia masih bertahan hingga kini.
"Apa pun saya akan cuba kembalikan genre ini dengan cara baru nampak mahal dan tidak terus dilabel sebagai muzik kampung," katanya.
Sementara itu, Amelina berkata, dia kini masih dalam proses mencari masa yang sesuai untuk proses rakaman bersama komposer Ajai dalam masa terdekat.
Katanya, single terbaharu itu bakal dikeluarkan pada pertengahan Disember depan. Kami masih dalam perbincangan tentang lagu dan proses untuk masuk studio untuk rakaman. Saya memang agak gementar sebab sudah lama tidak masuk studio merakam lagu.
"Saya yakin Ajai dapat memberikan yang terbaik sesuai dengan peredaran lagu masa kini," ujarnya. Credit Mstar
0 Response to "Amelina 3 kali solat istikharah sebelum kembali menyanyi ( 3 Gambar ) "
Catat Ulasan