Nora Danish berkongsi cerita mengenai anak tunggalnya, Putra Rayqal Ramli yang menyatakan hasratnya mahukan adik selain meminta ibunya bertambah berat badan dan tidak perlu berdiet.
“Dia ada suruh saya melahirkan seorang bayi, katanya dia mahu adik dan suruh saya gemuk dan tak perlu diet,” kata Nora menceritakan mengenai gelagat anaknya yang kini sudah berusia lima tahun.
Nora turut mengatakan anaknya itu sudah pun dihantar belajar ke sebuah sekolah antarabangsa dan memasuki darjah satu walaupun Rayqal baharu sahaja berusia lima tahun.
“Rayqal masuk sekolah antarabangsa darjah 1. Mula-mula itu saya agak cuak kerana terlalu awal walaupun usianya baru sahaja lima tahun.
“Tetapi tidak menjadi masalah untuk saya kerana apa yang diberikan oleh sekolah tersebut satu diari untuk ibu bapa memantau prestasi anak-anak setiap hari,” katanya memetik portal Rotikaya.
0 Response to "Anak Nora Danish minta adik dengan mama nya "
Catat Ulasan