Bayar SAMAN guna syiling dicampur ikan busuk (5 Gambar)

Seorang pelanggan yang berang selepas kalah dalam satu tuntutan saman berjumlah S$19,000 (RM49,151) terhadap sebuah syarikat pengedar kereta mewah di sini bertindak membayar dengan wang syiling yang dicampur dengan ikan busuk.

Lelaki tersebut, Ong Boon Lin, 34, masuk ke syarikat Exotic Motor pada minggu lalu sebelum melambakkan sejumlah duit syiling yang berbau ikan busuk di lantai.

Boon Lin sebelum ini kalah dalam satu tuntutan saman terhadap syarikat itu yang didakwanya masih berhutang dengannya selepas dia membeli sebuah kereta mewah jenis Aston Martin V8 Vantage.




Mahkamah sebaliknya mengarahkan lelaki itu membayar cukai dan insurans kereta tersebut termasuk yuran guaman kepada Exotic Motor berjumlah S$19,000 (RM 49,151). 

Pemilik syarikat itu, Tang Siu Tong berkata, para pekerjanya memasukkan wang syiling berkenaan ke dalam 10 beg plastik dan merancang untuk memulangkan semula wang berkenaan.

“Saya meminta peguam saya menyerahkan wang ini semula kerana saya tidak mahu menerimanya,” katanya. - Agensi

0 Response to "Bayar SAMAN guna syiling dicampur ikan busuk (5 Gambar) "

Catat Ulasan