Kerteh: Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Kerteh pengsan empat jam dan patah kaki kiri selain terkoyak
daging dan terseliuh buku lali apabila terbabit kemalangan selepas kain
pakaian seragamnya terbelit di celah lidi motosikal diboncengnya di
Kilometer 2, Jalan Lapangan Terbang Kerteh dekat sini, semalam.
Kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu berlaku ketika Wan Siti Sulyza
Wan Manssor, 17, membonceng motosikal bersama rakannya untuk pulang ke
rumahnya di Kampung Ranggong di sini selepas selesai menduduki
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Difahamkan, mangsa mendapat bantuan anggota bomba daripada Balai
Bomba Kerteh yang tiba sejam kemudian, untuk mengeluarkan kakinya yang
tersepit di celah lidi motosikal dan membawa ke Klinik Kesihatan Kerteh
sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman.
Ketika ditemui di Hospital Kemaman, hari ini, Wan Siti Sulyza
berkata, selepas terasa kakinya disepit sesuatu dia terus tidak sedarkan
diri dan tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku ke atas dirinya selama
kira-kira empat jam.
“Saya tak tahu apa berlaku dan bila sedar jam 6 petang semalam, saya
dah berada di sini (Hospital Kemaman) lalu terus menangis menahan
kesakitan amat sangat,” katanya.
Sementara itu, ibu mangsa, Mahani Mamat, 47, berkata, anaknya akan
tetap akan mengambil baki kertas SPM di hospital berkenaan memandangkan
masih tidak mampu berjalan. Credit Harian Metro
0 Response to "Ngeri : Detik cemas kaki pelajar 17 tahun tersepit celah lidi motosikal "
Catat Ulasan