Kuala Lumpur : Lama juga tidak mendengar berita
mengenai bekas Dewi Remaja, Neelofa, sejak dia mengambil keputusan untuk
berhijrah pada bulan Ramadhan lalu.
Jika sebelum ini, Neelofa atau lebih
mesra disapa Lofa, dikatakan bakal berkahwin dengan seorang kerabat
diraja kini dia telah pun berkongsi sekeping gambar sebentuk cincin
bertatahkan berlian dalam laman Instagramnya.
Gambar itu juga diberi kapsyen ‘Love Of My Life‘ yang ditulis secara singkatan LOML, menimbulkan pelbagai spekulasi dan andaian daripada peminatnya di laman tersebut.
Ada peminat yang mengatakan, cincin itu
diberi daripada insan tersayang, cincin tunang dan ada juga yang
mengatakan cincin itu merupakan cincin kahwin.
Neelofa yang sebelum ini telah putus
cinta dengan Hans Isaac hanya menyepi tanpa memberikan sebarang komen
sehinggalah digosipkan dengan seorang kerabat di raja.
Namun, menurut laporan Lofa memberitahu dia enggan ditemu ramah dan tidak langsung memberikan sebarang komen berhubung perkara tersebut.
“Saya tidak mahu sebarang temu ramah.
Maaf. Bulan ini dan bulan depan, saya tidak menerima sebarang temu
ramah. Beri saya ruang,” katanya
Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Lofa. Semoga cepat kahwin dan bahagia sentiasa. Credit The Rakyat Post
0 Response to "Neelofa kongsi gambar cincin berkapsyen Love Of My Life"
Catat Ulasan