Seremban : Seorang pelajar lelaki berusia 6 tahun terjatuh dari tingkat dua sekolah nya, mengikut ayahnya Faizul Khairy Zulkifli, 38.
Keadaan anak
lelakinya, Adam Zikri, 6, yang patah paha kanan dan tangan kiri akibat
terjatuh daripada tingkat dua bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman
Tasik Jaya di sini kelmarin kini stabil.
Faizul Khairy berkata, setakat ini, anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu tidak mengalami sebarang komplikasi serius atau pendarahan dalam otak.
“Dia juga telah selamat menjalani pembedahan awal pagi tadi (semalam)
bagi menjahit luka di kepalanya,” katanya di
sini semalam.
Faizul Khairy memberitahu, anaknya itu kini ditempatkan di Wad Pediatrik Hospital Tuanku Jaafar di sini dan tumpuan dia sekeluarga adalah untuk memulihkan kesihatan Adam Zikri yang dijangka mengambil masa lebih sebulan.
Dalam kejadian pada pukul 1.30 petang itu, Adam Zikri yang merupakan murid prasekolah di SK Taman Tasik Jaya terjatuh selepas naik ke tingkat dua untuk berjumpa ibunya yang juga guru di sekolah itu.

0 Response to "Anak guru berusia 6 tahun terjatuh dari tingkat dua sekolah "
Catat Ulasan