Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, tempoh pengeluaran tersebut tidak relevan memandangkan pada usia itu ahli-ahli KWSP amat memerlukan wang untuk pelbagai tujuan seperti kos perubatan, perumahan dan sara hidup.
CUEPACS pada masa sama, menggesa kerajaan mensyaratkan caruman bagi pihak pencarum sebanyak 11 peratus dan majikan 13 peratus ketika ini ditambah ke angka yang lebih relevan sesuai dengan peningkatan kos sara hidup.

“Saya mendapat banyak aduan dan rungutan daripada ahli-ahli KWSP tentang isu ini. Kebanyakannya tidak bersetuju dengan cadangan itu. Pada usia itu, mungkin ramai antara mereka yang telah meninggal dunia. 

Malah, purata caruman wang KWSP ahli-ahli cuma sekitar RM50,000 selepas mereka bersara.

“Sepatutnya, KWSP menyediakan pilihan sama ada setiap pencarum boleh mengeluarkan wang simpanan mereka pada usia 55 tahun atau selepas 60 tahun. 

Kalau boleh, kita minta supaya caruman bagi pihak majikan dinaikkan menjadi 15 peratus atau lebih.

Begitu juga dengan caruman pencarum kena ditambah,” katanya di sini hari ini. Credit Utusan Online