Insta Aman Af14 paling ramai pengikut berbanding pelajar Af14 lain


Naib juara #AF2014 tidak menyangka bahawa laman sosial Instagram peribadinya yang baru dibuka beberapa hari lalu, telah mencecah lebih 15 ribu pengikut.

Jumlah tersebut sekaligus menjadikan Aman sebagai pelajar Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) mencatat rekod dengan pengikut paling ramai setakat ini.

“Saya pun sebenarnya tak sangka yang pengikut saya akan naik secepat itu sedangkan saya pun baru saja buat instagram.

“Tujuan saya buat Instagram ini adalah untuk memudahkan saya berkomunikasi bersama peminat supaya terasa lebih dekat bersama mereka.

“Sebenarnya Instagram ini Ewal yang daftarkan dan kemudiannya saya belajar dari dia… Sebelum ini pihak Astro dah buka satu instagram iaitu @AMANAF2014 tetapi itu bukan saya yang ‘handle’.

“Jadi instgram yang dikendalikan sendiri oleh saya hanya ada satu iaitu @AMANAZIZOFFICIAL dan twitter @therealamanaziz,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak pada petang Isnin.

Dalam pada itu, Aman juga berterima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepadanya.

Dalam perkembangan terbaru Aman atau nama sebenarnya Mohd Razman Abd Aziz kini baru sahaja selesai menamatkan pengajian di Kolej Poly-Tech MARA, Batu Pahat dalam jurusan Pereka Grafik. Credit Astro Gempak 

0 Response to "Insta Aman Af14 paling ramai pengikut berbanding pelajar Af14 lain"

Catat Ulasan