Katanya, ini berikutan arahan Kementerian Pengangkutan meminta JPJ supaya menghentikan operasi memburu pemandu yang mengunakan nombor plat dan cermin gelap kenderaan yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.
Tambahya, beliau juga turut menyambut baik tindakan yang dibuat Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai agar JPJ menggantung operasi tersebut.
Jelasnya lagi, keputusan tersebut dibuat Tiong Lai ekoran mendapat kritikan daripada orang ramai berhubung operasi JPJ yang terlalu cerewet sehingga mengukur saiz huruf setiap huruf dan plat kenderaan yang konannya bagi memastikan ia mengikut garis panduan.
Mengulas lanjut, Teresa berkata tindakan JPJ melakukan operasi tersebut bukannya langkah terbaik bagi mengurangkan kadar kemalangan jalanraya.
“JPJ sepatutnya menumpukan usaha dan masa mereka antaranya untuk menjalankan ujian dadah ke atas pemandu bas ekspres, misalnya,” katanya seperti yang dilapor Roketkini.
Dalam pada itu, beliau juga mencadangkan pihak kementerian supaya berbincang dengan syarikat pengeluar kenderaan untuk menyiapkan plat kenderaan yang mengikut piawaian yang diluluskan JPJ.
Isu ini menjadi bualan hangat dalam kalangan pemimpin apabila Ahli Parlimen Segambut (DAP), Lim Lip Eng yang mempersoalkan nombor pendaftaran kenderaan timbalan menteri dan menteri yang tidak mengikut garis panduan yang dibenarkan JPJ, lapor FMT.
Sebelum ini, JPJ telah menetapkan bahawa huruf, saiz dan jarak haruslah tidak mengelirukan penguatkuasa JPJ. Namun syarat itu telah dilonggarkan dengan mengatakan bahawa nombor pendaftaran kenderaan tidak boleh mengelirukan seperti yang dilaporkan FMT.
Namun pada masa yang sama Lip Eng tidak pempersoal kenderaan milik pemimpin pembangkang yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan JPJ, lapor FMT. Credit Kuala Lumpur Post
0 Response to "JPJ digesa bayar balik saman pemandu "
Catat Ulasan