Kereta terbakar langgar tong gas selepas Terowong Menora (5 Gambar)

Ipoh : Sebuah kereta terbakar selepas tong gas yang dirempuh meletup di Kilometer 257 Lebuhraya Utara Selatan, hala utara selepas Terowong Menora, sebentar tadi.
Dalam kejadian itu, sebuah lagi kereta turut rosak selepas merempuh tong gas yang bertaburan di atas lebuh raya itu.



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh berkata, tong berkenaan bertaburan di atas lebuh raya selepas lori yang membawanya terbabas dan terbalik ketika tiba di situ.
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 9.22 pagi. Credit Bharian

0 Response to "Kereta terbakar langgar tong gas selepas Terowong Menora (5 Gambar)"

Catat Ulasan