Pelakon Erra Fazira berharap keputusan mendedahkan bahawa beliau
sedang mengenali seseorang dapat menutup khabar angin yang mengaitkan
dirinya dengan golongan atasan.
Erra mengaku terpaksa membuat pengakuan terbuka itu hari ini demi menghentikan pelbagai gosip keterlaluan yang menyerangnya.
"Setakat ini, saya memang memilih seseorang itu pada paksi hati
dan bukannya materialistik. Selama ini memang saya tiada kawan dari
golongan VIP atau ahli politik.
"Jadi jelas gosip mengaitkan saya dengan golongan sebegitu tidak
benar dan sengaja diada-adakan. Gosip itu seolah-olah macam saya kemaruk
cari cinta pula," katanya yang ditemui pada sidang media sempena
pelancaran teater Takhta 3 Ratu di sini, petang ini.
Hubungan Erra dengan jejaka yang diakuinya itu masih bujang terlalu unik kerana mereka jarang berjumpa.
Aktres itu bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut siapa lelaki istimewa itu.
"Cukuplah orang tahu saya sedang berkawan. Kenapa saya tak dedah
itu dan ini mengenainya kerana saya tidak mahu meletakkan sebarang
tekanan dan jangkaan tinggi terhadap hubungan ini.
"Apa apa boleh terjadi dalam tempoh perkenalan ini. Lainlah kalau
hubungan ini sudah di fasa seterusnya. Ikutkan saya tak mahu berkongsi
hal ini tapi apabila timbul cerita membabitkan golongan atasan, maka
saya perlu meletakkan satu noktah kepada cerita bukan bukan itu,"
katanya.
Pernah gagal dua kali dalam perkahwinan, Erra kini lebih berhati-hati dalam berkongsi mengenai perasaannya.
Erra mempunyai anak bernama Engku Aleesya menerusi perkahwinan kedua. Credit BHarian
0 Response to "Lelaki bujang kekasih Erra Fazira "
Catat Ulasan