Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2014

Petaling Jaya: Pasukan Pahang menguasai senerai pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2014 apabila merangkul lima gelaran hari ini.

Penjaga gol Pahang Mohd Khairul Azhan Khalid diumum pemenang dalam dua kategori iaitu Penjaga Gol Terbaik serta Pemain Paling Bernilai.

Sementara itu, Zainal Abidin Hassan diiktiraf Jurulatih Terbaik manakala Mohd Razman Roslan dinobatkan Pertahanan Terbaik.

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang juga diumumkan sebagai Persatuan Bolasepak Terbaik pada majlis yang diadakan di sini.

Pemenang kategori lain:

Pemain Tengah Terbaik: Mohd Badhri Radzi (Kelantan)

Penyerang Terbaik: Mohd Norfarhan Mohamad (Terengganu)

Pemain Muda Terbaik: Farhan Roslan (Kedah)

Pemain Import Terbaik: Ali Ashfaq (PDRM)

Anugerah Fairplay: Terengganu

Kelab Bolasepak Terbaik: Johor Darul Ta'zim

Kelab Penyokong Terbaik: Johor Darul Ta'zim

Tahniah kepada semua pemenang . Credit Harian Metro

0 Response to "Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2014"

Catat Ulasan