Punca sebenar Mikrofon Hafiz Suip hilang kini di temui




Penyanyi Hafiz Suip mendedahkan dia telah kehilangan mikrofon kesayangannya selepas majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung pada 7 November lalu.

Hafiz, 24, berkata, dia terkilan memandangkan harga alat pembesar suara yang dibelinya sejak lebih setahun lalu mempunyai nilai tinggi.

"Saya hilang mikrofon itu selepas persembahan ASK 2014, ia bukan dicuri sebaliknya kecuaian saya sendiri apabila meletakkan kotak mikrofon tersebut di bumbung kereta.


"Saya terlupa tentang mikrofon itu selepas berborak dengan seseorang sebelum masuk ke kereta, apabila saya sedar ianya sudah tiada," katanya


Bagaimanapun, Hafiz berkata, mikrofon tersebut tidak boleh digunakan oleh orang lain berikutan ianya sudah ditetapkan mengikut kesesuaian suaranya sahaja.
Mikrofon Hafiz telah di temui

Tambah Hafiz, ia juga ada tertera namanya serta tidak boleh dijual dalam bentuk asal.
"Kalau ada sesiapa yang menjumpai mikrofon itu sekalipun, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana saya sudah set untuk kegunaan saya serta transmitter tertentu sahaja.

"Lagi pula ada terukir nama saya dan kalau nak jual pun hanya beberapa bahagian sahaja yang laku," ujarnya.


Sementara itu, Hafiz turut mengakui mikrofon tersebut merupakan antara alat muzik pertama yang dibelinya hasil titik peluh sebagai penyanyi.


Katanya, dia terpaksa mengumpul beberapa bulan hasil persembahan nyanyiannya semata-mata untuk membeli mikrofon tersebut.


"Harganya bukan boleh dapat dalam satu dua persembahan nyanyian, nak beli mikrofon itu saya terpaksa kumpul duit lama juga.


"Rasa nak menangis bila ianya hilang, ia juga banyak berjasa kepada kerjaya nyanyian saya. Insya-Allah kalau ada rezeki saya mahu beli yang lain," ujarnya.


Dalam pada itu, Hafiz memberitahu, dia sudah pun membuat laporan polis tentang perkara itu sejurus menyedari kehilangan tersebut. 


"Saya dah buat laporan polis tetapi pihak polis beritahu perkara tersebut sukar diambil tindakan kerana ia adalah kecuaian saya sendiri," katanya.

Kini Hafiz lega apabila ada insan telah menemui Mikrofon tersebut dan Hafiz telah kerumah insan mulia yang bernama Abang Junaidi itu, yang pasti kini Hafiz gembira setelah Mikrofon kesayangan telah dijumpai.Oleh Tiffany HNS credit Mstar

0 Response to "Punca sebenar Mikrofon Hafiz Suip hilang kini di temui "

Catat Ulasan